Friday 17 June 2011

Hikmah Wanita Diwajibkan Menutup Aurat

Setiap sesuatu yang diperintahkan Allah mempunyai hikmah atau rahsia yang tersendiri. 
Antara hikmahnya ialah

1.Untuk menutup pintu fitnah kerana ia merupakan punca tercetusnya keinginan yang ada dalam diri manusia. Apabila keinginan nafsu mempengaruhi hati, biasanya seorang itu hilang pertimbangan akal lalu mudahlah ia melakukan perbuatan mungkar mengikut apa yang diperintah oleh nafsunya.
Sabda Rasulullah SAW

Bermaksud
“Tidak ada selepasku ini fitnah yang lebih bahaya kepada lelaki selain daripada perempuan”

2.Untuk menghindarkan kegiatan maksiat yang berpunca dari mata. Seluruh tubuh wanita atau bahagian-bahagian tertentu dari tubuh lelaki menjadi daya penarik yang mempesonakan pandangan mata kaum pihak yang berlainan jenis. Dari rasa persona itu boleh menajamkan keinginan ke arah melakukan maksiat seperti zina dan sebagainya.

3.Pandangan mata ada kaitan dengan hati. Mata yang selalu melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan atau lelaki menyebabkan hati menjadi gelap. Hati yang gelap tidak dapat ditembusi cahaya nur keimanan, manakala Iman yang lemah tidak dapat melahirkan individu muslim yang benar-benar taqwa. Oleh itu amalan menutup aurat adalah untuk menolong seorang lain daripada terlibat dengan dosa dan menjejaskan imannya akibat memandang aurat yang sengaja didedahkan oleh sipelakunya. Sesungguhnya amat buruk perbuatan seseorang yang kerananya menyebabkan orang lain terpalik dosa.

4.Wanita solehah diperintah menutup aurat dengan sempurna adalah untuk membezakan dengan wanita Islam yang rosak akhlak atau wanita kafir. Wanita-wanita tersebut biasanya tidak tahu menghargai nilai kesopanan diri. Mempamerkan kecantikan tubuh untuk mendapat pujian orang lain adalah menjadi kebanggaan mereka. Demikianlah rendahnya moral mereka. Tabiat ini seharusnya tidak menguasai peribadi wanita-wanita mu’min dan mereka semua diarah menjaga ketinggian maruah diri yang dibentuk oleh Islam menerusi tingkah laku yang baik.
5.Keseluruhan hidup setiap individu Muslim tertakluk kepada disiplin yang ditentukan syarak. Perintah menutup aurat adalah disiplin yang dimaksudkan itu. Di samping mengandungi hikmah tertentu, peraturan mengenai aurat itu adalah sebagai ujian iman ke atas umat Islam untuk mengukur sejauh mana peraturan tersebut dapat dipatuhi. Pengakuan dengan lidah sahaja bahawa ia telah pun beriman sebenarnya tidak akan diiktiraf oleh Allah tanpa lulus ujian amali. Ini dipersyaratkan oleh Allah berbunyi,

Bermaksud,
“Apakah manusia menyangka mereka dibiar berkata kami telah beriman sedang mereka tidak diuji (keimanannya)” (Al-Ankabut, 29: 2)

Sekiranya seorang itu sanggup patuh kepada disiplin Islam sepanjang hayatnya, maka itu tanda orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya dan jika sebaliknya, maka ia belum layak lagi menduduki taraf Muslim yang mu’min kerana imannya masih lemah. Seorang yang imannya lemah perlu dipertingkatkan dengan rawatan rohani sebelum dijemput ke alam barzakh. Oleh itu waspada sebelum terlambat.

copyright from http://idrisahmad.wordpress.com/

Wednesday 15 June 2011

Sebab Lelaki Sukar Di cintai Wanita

Assalamualaikum wbt..
Dah lama tak update Blog ni...
Hari ni nak share tentang tajuk kat atas..
'Kenapa Seseorang Lelaki Sukar Dicintai Seseorang Perempuan'
banyak sebab kalau nak ikutkan..
tapi kalau nak ikut pengalaman ade la beberapa..
huhuhu..

Antaranya lelaki tu
    1. Hodoh

      sama macam aku...bukan nak salahkan takdir ke ape kan..
      tapi kita mengaku yang kita takde rupa
      sekacak Robert Pattinson atau Aaron Aziz..
      Tapi hodoh hodoh kita ade perasaan sama macam
      orang lain...perlukan kasih sayang dan cinta..
      Seriusly susah la nak jumpa perempuan yang
      tak memandang rupa...secara dasar bila ditanya tentang
      memang tak nak ngaku...ade ke pencuri tu nak sangat orang panggil die pencuri..
      seriusly tak dek kan...so ikut pengalaman diri memang kebanyakan memandang rupa..
      Kenapa ek rupa tu penting pada perempuan..
      kata mereka nanti anak ikut muke suami...Hodoh la muke anak...haha

     2.No Future Yang Cerah

    Ini menjadi kebiasaan la kan...
    fikirkan masa depan..kalau setakat jual burger...
    leh bahagia ke hidup...tol tak PEREMPUAN ??hahahahaha
    siapa nak mengaku kan diri tu MATERIALISTIK...
    pernah tak korang dengar kisah realiti dalam segmen Brothet Love kat Xfm..
    masa seorang lelaki penjual burger kene hina dengan ex tunang die...
    huhuhuu...eh Hello perempuan..jangan ingat lelaki macam tu tak de future tau..
    perlu ke pandang future tu semue...ingatlah sikit yg Dunia Hanya Sementara...
    Sekaya kaya mana pun seorang manusia tu...SIAPA PUNYA??
    so jangan lah korang pandang tu sume...
    3. Bukan Putera Impiannya
     
    Hahahaha...ni jadi pada PEREMPUAN materialistik jugak...
    yelah..diorang ni selalu impikan kemewahan dan ketampanan seseorang lelaki..
    pernah tengok cerita prince yg hodoh???
    tak de kot..hahahaha...cm lawak je sbb yang ni kan...
    4. Tak Sekacak Lelaki yang baru Dia kenal

    Ini berdasarkan pengalamanku..korang jangan lah sentap sangat...
    just my diyary nak luahkan perasaanku...huhuhu
    betul pe...bile dia jumpa lelaki yang jauh kacak dari kita kn..
    mcm2 la cara nak putus...bila dah tak dek idea nak bagi...
    hahaha baru die cakap kita tak boleh cintakan kita...
    PENGALAMAN MENGAJAR ERTI HIDUP..
    tapi macm tak logik kalau dah kenal lama n dah buat mcm2
    tiba2 kata tak cinta...hahaha...tu la PEREMPUAN zaman sekarang...
    dah tak tau malu , maruah diri dah hilang....SORRY...

    hahaha...amacam korang ???tu pendapat aku atas Pengalaman yang aku
    lalui selama ni...perit kot bile nak ingat balik...dah cube lupekan tp tak boleh..
    tangan ni gatal sangat malam malam je TER hantar msg lak kat die...
    huhuhuhu...kalau nak fikir sebab perempuan tak boleh cintakan lelaki tu banyak an...
    contohnya lelaki tu jahat,lelaki tu tak boleh nak bimbing die...
    bnyak la lagi kalau nak bg...ni just pendapat atas pengalaman....
    susah nak lupakan...macam ayat ni...
    1 JAM JE DAH BOLEH SAYANG,
    TAPI AMIK MASA SEUMUR HIDUP NAK LUPAKAN
    sekian tu saja story aku..
    layan lagu kat bawah ni..


    Wednesday 1 June 2011

    Suka Sangat Taip laju2 Bile chat

    Kelakar la wei bila tengok orang asyik typo jek....
    sampai xsedar sendiri punye TYPO...hehehehehe..
    yela mata  kat skrin...mana pasan dah keybourd an..
    bajet EXPERT GILER2 la an.....huhuhuhuhu....sape2 yg bile chat
    asyik TYPO tu tahniah la ea...moga2 diberikan petunjuk agar tak TYPO
    lagi....nak tgok kew gambar2 contoh TYPO....

     hahahahahaha....ni sendiri punya TYPO....kelaka je....
    ade plak yang tolong snap2 yer....huhuhuhuhu.......
    but the way....is that just happy2...im fun..........


    hehehehehe...kalau nak senarai nama org selalu TYPO.....ramai kot termasuk aku...
    whahahahahaha....kalo nak lebih jelas....like page http://www.facebook.com/pages/Kami-suka-guna-bahasa-chat/218407478183496.....
    kepada genk2 http://dearhaniey.blogspot.com/ dan http://kakichatting.blogspot.com/....bersiap la dengan TYPO korang kerana akuakan mnjadi PEMERHATU (kata NinjaG) di sana...sekian tu saje....



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...