Friday 29 November 2013

DUA KALIMAH SYAHADAH

DUA KALIMAH SYAHADAH 





1. Rukun syahadah2. Fardhu syahadah3. Syarat sah syahadah

1.RUKUN SYAHADAHRukun syahadat itu 4 perkara..1. Mengisbatkan zat,2. Mengisbatkan sifat,3. Mengisbatkan asma dan afal, 4. muhammadar rasullullah, muhammadar babur arwah, nur muhammad sallallah... mengikut zahir dan batin hati muhammad. iaitu musyahadah nur. (bukan zahir sahaja)...

2.FARDHU SYAHADAHFardhu syahadat itu 2 perkara..1. Ikrar dilidah 'assyahaduanla ila haillalllah, wassyahadu anna muhamamdar rasullullah...'2. Di tasdiq dan dihati, iaitu hati sentiasa hadir mendegar bisikan allah..allah..allah.. bukan mendengar bisikan iblis, bisikan nafsu dan bisikan angan-angan...

3.SYARAT SAH SYAHADAHSyarat sah syahadat itu 4 :1. Yakin allah itu ada. (tak kenal takpe) tapi tau dia ada.2. Dikrar dengan lidah (lafaz)3. Di tasdiq dihati.. sentiasa hadir hati mendegar bisikan amanah (zikrullah)4. Amalkan sentiasa, dan yg tak tau dipelajari... hilang salah satu, artinya blom sah islam

dalil quran:

Firman Allah ;

“ Wahai orang-orang Yang beriman ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan sebutan Yang sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.”(al-Ahz ab:41-42)

Didalam Al-Quran diulangi ayat menyuruh kita berzikrullah SEBANYAK-BANYAKNYA dan SETIAP MASA , berulang-ulang supaya kita sentiasa ingat Allah, siang malam, ketika duduk, berdiri berbaring malah ketika tidur tanpa lupa walau satu saat kepadanya. dan bertasbih kepadanya pagi petang. Tasbih ada hadnya, pagi dan petang. Zikir pula hendaklah sebanyak2nya. Sebanyak-banyaknya juga beerti tiada satu nilai tetap seperti 5000, 10,000, 100,000 tetapi tanpa henti setiap masa. Tujuannya ialah supaya kita tidak lalai dari beribadah kepada Allah kerana itulah sebab utama kita dijadikan Allah dibumi ini.

“dan aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKu.” (Al-Zariyat:56)

CARA MENGAMALKANNYA

Bagaimana cara nak beribadah dan menyebut nama Allah sentiasa? Firman Allah ;

“Dan sebutlah serta ingatlah Allah dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut, dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai. (al-A`raaf : 205)

Iaitu dengan berzikir didalam hati dengan perasaan merendah dan takut supaya kita tidak digolong didalam orang-orang yang lalai.

Menyebut nama Allah bukan dimulut, kerana mulut itu untuk bertasbih dengan nama asma Allah, puji-pujian dan selawat. Tasbih tidak boleh dilakukan ketika didalam tandas, ketika tidur, ketika mesyuarat. Tetapi menyebut nama Allah didalam hati tidak ada siapa yang tahu boleh dilakukan dimana sahaja.

Iaitu dengan menyebut A L L A H. Bukan lailhaillalah, subhanallah atau Ar-Rahman dll. Kalimah Allah adalah kalimah keagungan lengkap dengan segala sifat, asma , afal, selawat, hidayah dan pertaliannya menuju zat Allah telah terkandung didalam satu kalimah dan itu yang disebut didalam Alquran. (kerana tidak ada ayat menyuruh menyebut subhanallah, Alhamdulillah didalam hati Jangan tersalah pula)

Hukum mengingati Allah setiap saat dihati adalah WAJIB. Hukum melupakan Allah walau satu saat didalam hati adalah HARAM. Tanyalah diri kamu sendiri adakah kamu menghalalkan iblis mengotori hati mu walau sesaat?

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan, mereka ingat pada Allah, maka dengan itu mereka Nampak jalan yang benar”(Al-A`raaf:201)

Rasullullah bersabda: " Mata ku tidur tetapi hati ku berjaga" iaitu Rasullullah sendiri mengingati Allah setiap saat walaupun ketika baginda tidur. Cuba kita fikirkan, wajarkah Rasullullah sebaik-baik makhluk melupa Allah walau satu saat? Kerana itu ikutlah Rasullullah.

AL-QURAN MEWAJIBKAN KITA MENGINGATI ALLAH SETIAP MASA

"apakah sama islam yg diberikan nur oleh allah, dan islam yg keras hatinya, maka Celakalah orang-orang yang dihatinya tidak berzikir kepada Allah. Mereka itu dalam keadaan sesat yang nyata"(Al-Zumar:22) - Sila baca didalam bahasa arab dan fahamkan maksudnya.(Dimaksudkan disini ialah hatinya)

Bolehkah sekejap kita zikir..sekejap lagi kita dicelakai oleh Allah, kemudian berzikir lagi. Kemudian dicelaka lagi? Itu tanda wajib ingat Allah setiap masa. Kalau lupa kita istighfar. Kerana bukan disengajakan. Tetapi kalau menghukum sunat, atau sengaja tidak mahu buat itu yang bahaya.

“dan sebutlah akan nama Allah (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan” ( Muzammil : 8 )

“dan sebutlah akan nama Allah (di Dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang”(Al-Insan:25)

“Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadanya waktu pagi dan petang (Al-Ahzab:41-42)

“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah), ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tenang.” (Al-rad :28)

“Wahai Orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka teguhlah hati mu dan zikrullah (sebutlah dan ingatlah) Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (Al-Anfaal : 45)

“Iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata : “Wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (Al-Imran:191)

“kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)”.(al-Jumaah:10)

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu berzikrullah (menyebut dan mengingati) Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.” (An-Nisa:103)

Bermakna ingat pada Allah sentiasa. Berdiri, duduk dan berbaring. Berdiri – jual beli, solat, berjalan, bekerja, bersalaman, sedekah, dan berbagai lagi. Duduk – Solat, bekerja, membaca, menaiki kenderaan, menggunakan computer, mesyuarat, didalam tandas, menunggu dan sebagainya. Baring – Ketika hendak tidur, tidur, rehat, sakit dan sebagainya.

Ayat –ayat diatas sudah cukup untuk memberitahu betapa pentingnya mengingati Allah pada setiap masa dihati, dan ditambah dengan bertasbih pula dengan namanya diwaktu pagi dan petang. MengingatiNya, Allah janji akan dilindungai dari bisikan syaitan, akan pelihara dari musuh, kita akan ikhlas kan hati ibadah semata-mata kerana Allah. Dan dengan mengingati Allah, kalbu akan memerintah seluruh anggota supaya tunduk dengan syariat Allah kerana itulah perlu dilakukan setiap masa.

Ingatlah..arak itu haram kerana membuatkan si peminum itu lalai dari mengingati Allah. Bagaimana kita yang tidak mabuk tetapi lalai dari mengingati Allah? Bagaimana pula lalai ketika mengerjakan solat? Sama sahaja, hukumnya haram sebab itu ingat pada Allah setiap saat itu wajib bukan sunat.

"janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah "(Al-munafiqun :9)

copyright from : FB Khairul Annas Musa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...