DUA KALIMAH SYAHADAH
1. Rukun syahadah2. Fardhu syahadah3. Syarat sah syahadah
1.RUKUN
SYAHADAHRukun syahadat itu 4 perkara..1. Mengisbatkan zat,2.
Mengisbatkan sifat,3. Mengisbatkan asma dan afal, 4. muhammadar
rasullullah, muhammadar babur arwah, nur muhammad sallallah... mengikut
zahir dan batin hati muhammad. iaitu musyahadah nur. (bukan zahir
sahaja)...
2.FARDHU SYAHADAHFardhu syahadat itu 2
perkara..1. Ikrar dilidah 'assyahaduanla ila haillalllah, wassyahadu
anna muhamamdar rasullullah...'2. Di tasdiq dan dihati, iaitu hati
sentiasa hadir mendegar bisikan allah..allah..allah.. bukan mendengar
bisikan iblis, bisikan nafsu dan bisikan angan-angan...
3.SYARAT
SAH SYAHADAHSyarat sah syahadat itu 4 :1. Yakin allah itu ada. (tak
kenal takpe) tapi tau dia ada.2. Dikrar dengan lidah (lafaz)3. Di tasdiq
dihati.. sentiasa hadir hati mendegar bisikan amanah (zikrullah)4.
Amalkan sentiasa, dan yg tak tau dipelajari... hilang salah satu,
artinya blom sah islam
dalil quran:
Firman Allah ;
“
Wahai orang-orang Yang beriman ingatlah serta sebutlah nama Allah
dengan sebutan Yang sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kamu kepadanya
pada waktu pagi dan petang.”(al-Ahz ab:41-42)
Didalam
Al-Quran diulangi ayat menyuruh kita berzikrullah SEBANYAK-BANYAKNYA dan
SETIAP MASA , berulang-ulang supaya kita sentiasa ingat Allah, siang
malam, ketika duduk, berdiri berbaring malah ketika tidur tanpa lupa
walau satu saat kepadanya. dan bertasbih kepadanya pagi petang. Tasbih
ada hadnya, pagi dan petang. Zikir pula hendaklah sebanyak2nya.
Sebanyak-banyaknya juga beerti tiada satu nilai tetap seperti 5000,
10,000, 100,000 tetapi tanpa henti setiap masa. Tujuannya ialah supaya
kita tidak lalai dari beribadah kepada Allah kerana itulah sebab utama
kita dijadikan Allah dibumi ini.
“dan aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKu.” (Al-Zariyat:56)
CARA MENGAMALKANNYA
Bagaimana cara nak beribadah dan menyebut nama Allah sentiasa? Firman Allah ;
“Dan
sebutlah serta ingatlah Allah dalam hatimu, Dengan merendah diri serta
Dengan perasaan takut, dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada
waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang
lalai. (al-A`raaf : 205)
Iaitu dengan berzikir didalam hati dengan perasaan merendah dan takut supaya kita tidak digolong didalam orang-orang yang lalai.
Menyebut
nama Allah bukan dimulut, kerana mulut itu untuk bertasbih dengan nama
asma Allah, puji-pujian dan selawat. Tasbih tidak boleh dilakukan ketika
didalam tandas, ketika tidur, ketika mesyuarat. Tetapi menyebut nama
Allah didalam hati tidak ada siapa yang tahu boleh dilakukan dimana
sahaja.
Iaitu dengan menyebut A L L A H. Bukan
lailhaillalah, subhanallah atau Ar-Rahman dll. Kalimah Allah adalah
kalimah keagungan lengkap dengan segala sifat, asma , afal, selawat,
hidayah dan pertaliannya menuju zat Allah telah terkandung didalam satu
kalimah dan itu yang disebut didalam Alquran. (kerana tidak ada ayat
menyuruh menyebut subhanallah, Alhamdulillah didalam hati Jangan
tersalah pula)
Hukum mengingati Allah setiap saat dihati
adalah WAJIB. Hukum melupakan Allah walau satu saat didalam hati adalah
HARAM. Tanyalah diri kamu sendiri adakah kamu menghalalkan iblis
mengotori hati mu walau sesaat?
“Sesungguhnya orang-orang
yang bertakwa, apabila disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan,
mereka ingat pada Allah, maka dengan itu mereka Nampak jalan yang
benar”(Al-A`raaf:201)
Rasullullah bersabda: " Mata ku
tidur tetapi hati ku berjaga" iaitu Rasullullah sendiri mengingati Allah
setiap saat walaupun ketika baginda tidur. Cuba kita fikirkan, wajarkah
Rasullullah sebaik-baik makhluk melupa Allah walau satu saat? Kerana
itu ikutlah Rasullullah.
AL-QURAN MEWAJIBKAN KITA MENGINGATI ALLAH SETIAP MASA
"apakah
sama islam yg diberikan nur oleh allah, dan islam yg keras hatinya,
maka Celakalah orang-orang yang dihatinya tidak berzikir kepada Allah.
Mereka itu dalam keadaan sesat yang nyata"(Al-Zumar:22) - Sila baca
didalam bahasa arab dan fahamkan maksudnya.(Dimaksudkan disini ialah
hatinya)
Bolehkah sekejap kita zikir..sekejap lagi kita
dicelakai oleh Allah, kemudian berzikir lagi. Kemudian dicelaka lagi?
Itu tanda wajib ingat Allah setiap masa. Kalau lupa kita istighfar.
Kerana bukan disengajakan. Tetapi kalau menghukum sunat, atau sengaja
tidak mahu buat itu yang bahaya.
“dan sebutlah akan nama
Allah (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadanya
Dengan sebulat-bulat tumpuan” ( Muzammil : 8 )
“dan sebutlah akan nama Allah (di Dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang”(Al-Insan:25)
“Wahai
orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan zikir
yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadanya waktu pagi dan
petang (Al-Ahzab:41-42)
“Orang yang beriman dan hati
mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah), ketahuilah
dengan zikrullah itu hati menjadi tenang.” (Al-rad :28)
“Wahai
Orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan
(musuh) maka teguhlah hati mu dan zikrullah (sebutlah dan ingatlah)
Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”.
(Al-Anfaal : 45)
“Iaitu orang yang menyebut dan mengingati
Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring dan
mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata :
“Wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan
sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”
(Al-Imran:191)
“kemudian setelah selesai sembahyang, maka
bertebaranlah kamu di muka bumi), dan carilah apa Yang kamu hajati dari
limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam
Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di
Akhirat)”.(al-Jumaah:10)
“Kemudian apabila kamu telah
selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu berzikrullah
(menyebut dan mengingati) Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan
semasa kamu berbaring.” (An-Nisa:103)
Bermakna ingat pada
Allah sentiasa. Berdiri, duduk dan berbaring. Berdiri – jual beli,
solat, berjalan, bekerja, bersalaman, sedekah, dan berbagai lagi. Duduk –
Solat, bekerja, membaca, menaiki kenderaan, menggunakan computer,
mesyuarat, didalam tandas, menunggu dan sebagainya. Baring – Ketika
hendak tidur, tidur, rehat, sakit dan sebagainya.
Ayat
–ayat diatas sudah cukup untuk memberitahu betapa pentingnya mengingati
Allah pada setiap masa dihati, dan ditambah dengan bertasbih pula dengan
namanya diwaktu pagi dan petang. MengingatiNya, Allah janji akan
dilindungai dari bisikan syaitan, akan pelihara dari musuh, kita akan
ikhlas kan hati ibadah semata-mata kerana Allah. Dan dengan mengingati
Allah, kalbu akan memerintah seluruh anggota supaya tunduk dengan
syariat Allah kerana itulah perlu dilakukan setiap masa.
Ingatlah..arak
itu haram kerana membuatkan si peminum itu lalai dari mengingati Allah.
Bagaimana kita yang tidak mabuk tetapi lalai dari mengingati Allah?
Bagaimana pula lalai ketika mengerjakan solat? Sama sahaja, hukumnya
haram sebab itu ingat pada Allah setiap saat itu wajib bukan sunat.
"janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah "(Al-munafiqun :9)
copyright from : FB Khairul Annas Musa