Sunday, 9 September 2012

My Story at PJM

Assalamualaikumwarah matullahiwabaraktuh...
sekarang aku dah nak masuk 2bulan bersamaan 10 minggu bersamaan 70 hari
aku kerja dekat PAVCJM nih.... aku kat sini dapat la 2 org yg betul2 member
r kan...nak cte sal diorang ni pun aku rasa segan sikit...pape pun aku nak cite
gak sal diorang ni....

firstly,

nama brader ni Amirul..umur brader ni 20...blaja poli Merlimau... Aku kenal
die mase hari first nak lapor diri... Tengok pada gambar boleh agak hobi
brader ni an...memang brader betul...main moto scrambler...yang extreem lak
tu...macam2 tournament dye msuk..haiiishhh memang brader la...

Seconds,

Brader ni plak name die Hafis.... Study at GMi...wuuu wuuu wuuu (buat muke jakun)..
Amende GMi...German Malaysian Institute...umor pon 20 gak...bawah aku gak...
aku knal budak ni sbb dye member PLKN si Mirul tu..yang ni praktikal jugak..satu
department dengan aku....mula2 satu grup tp sekarang aku dah grup lain.....
yang ni minat extreem game jugak....Brader ni plak main RollerBlade...ada yang
tatau ke natang ape tu....Kasut Roda lahhh....

waaahhhhh yang sorang motocrosss....yang sorang kasut roda.....AKU ???
game game game....tu je la aku buleh....HAHAHAHAHAHA


ni kawan2 training gua...
dari blkg
ira,piji,apis,mira,carine





awek tudung hijau tu bukan training..nama die seha..
yang macam afro tu fizi a.k.a Monyol(training)
tu jep laa budak2 yg ase rapat dengan aku kat PJM ni....
nanti ade story aku cite lagi....

p/s : mengisi spacer pada tempat yang boleh menjejaskan luarannya..

Sunday, 3 June 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran..Adek!


Assalamualaikummmm...
Firstly nak cakap...HAPPY BIRTHDAY to my dear sister NURSURAYA yg ke 15.. Dah besaq dah ang kan dek...dah nak amek PMR dah pon... Anyway nak cakap gudluck for your exam k...skor MATH lebih....hahahaha..bukan ape...MATH tu penting kalau ang nak tau...
kalau tak reti tanya la orang...Mulai hari ni ang dah 15 tahun.. So, jadi lah budak yang berumur 15... belajar berfikir mana kawan mana lawan...mana pasukan mana musuh...yang penting kene tahu mana betul dan yang mana salah....jangan sampai salah langkah... "nak jet kereta biarlah berpada,kalau tidak terbalik pulak kereta." paham2 sendiri ok...just advise from your Bro...

layan lagu dari Awex abg hang ni nyanyi Happy bday kat hg...kat tepi tu...
sorii la kalau takdek cake nak bg...mintak la kat mak...hahahahaha
duit pon takdak...ni kasi pinjam laptop pon kyra untung r kan....hahahaha
ok2 lepas tu belajaq sungguh2...layan lagu dari abang sudirman.....









ok dah stop.....sikit2 jek....ta payah nak lebih2.......ok dah bubye....
assalamualaikum
p/s; belajar betul2,ta payah nak menggalak ngan jantan

Tuesday, 7 February 2012

Najwa Latiff buat masalah disiplin

Assalamualaikum dan selamat malam!

Apa hal dengan Najwa Latiff ni..Baru ja seminggu sekolah buka dah ada dengar dia buat masalah dekat sekolah dia tu..
Aishh biar betul dia ni..Tahula dah top meletoppp macam iklan sabun cuci kain BOOMMM tu,
takkan gitu pun dah naik kepala dekat sekolah..hingga guru pun binggung dengan sikap dia ni.

Kununnya dia bertegang leher dengan sorang guru baru kat sekolah dia..
alamak Najwa ko tu dah nak SPM tahun ni..so apa cerr ni??
Kalau korang nak tahu cerita lanjut korang layan ja dialoq kat bawah tu..



Cikgu: selamat berkenalan....


Najwa: kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku.... :)


Cikgu: sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...


Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo :P

Cikgu: cikgu sakit hati dah ni =="

Najwa: hati ku rasa sesuatu :P


Cikgu : sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..


Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku


Cikgu: atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? >:(


Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu :)


Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak betol..


Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...


Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!


Najwa : bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia


Cikgu : memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni...


Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..


Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..


Najwa : walaupun kita tak pernah berjumpaa..... ooohh uwouwouwo\


Cikgu: otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat...


Najwa: Banyak persoalan yang berada di minda =P


Pelajar lain menyampuk: cikgu ni banyak tanya la...


Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja


Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi


Cikgu: Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni


Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)


Cikgu: tak menentu saya di buatnya..


Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......


Cikgu : konfius!!!


Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya


Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii


Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..


Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...


Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...


Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..


Najwa : Pabila kau renung tajam-tajam  mata aku


Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..


Cikgu : aku rasa..

.
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu


Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?


Najwa : Oh oh ini cinta remajaku.. :P


Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata-kata cikgu ni...


Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... ^^,


Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!


Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju..


Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?

Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP


Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu....



*hiburan semata-mata...hee ^.^ v



# Najwa tu budak baik..suci lagi..so kita doakan dia berjaya SPM nanti ye...hehehe

Tuesday, 31 January 2012

Anak buat maksiat pukul ibu



KULIM – Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).

Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.

“Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian,” katanya.

Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
“PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka,” katanya.

Sumber 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...